GRAF
1. Terdapat
beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat, iaitu kaedah
pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik/ tinjau siasat/survey, dan rujukan
perpustakaan.
2. Kaedah
pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat melalui cara melihat dan
mencatat perkara-perkara yang hendak dikumpulkan.
3. Kaedah
temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan
bersoal jawab dengan seseorang.
4. Banci
adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang
dihitung.
5. Kaedah
pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/ survey dilakukan
dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai.
6. Untuk
membina jadual, maklumat-maklumat yang direkod dihimpunkan mengikut persamaan
dan kekerapannya.
7. Setelah
data dan maklumat diperole, graf bolehlah dilukis.
8. Graf
adalah lukisan yang menunjukkan dara atau maklumat yang disampaikan dalam
bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan.
9. Graf bar
mudah terdiri daripada beberapa bar yang dilukis secara menegak atau mendatar.
10. Tinggi
bar menunjukkan kuantiti sesuatu data.
11. Graf bar
mudah sesuai digunakan unuk menunjukkan data tentang jumlah sesuatu ciri
seperti jumlah hujan tahunan, jumlah penduduk mengikut umur, dan jumlah
pengeluaran barangan.
12. Graf
garisan mudah merupakan graf yang menggunakan garisan untuk menyambungkan
titik-titik yang mempunyai nilai tertentu.
13. Graf
garisan mudah sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan yang berterusan
seperti perubahan suhu sepanjang tahun.
100
ReplyDeleteSangat bagus untuk peperiksaan pertengahan tahun saya...thank you
ReplyDeleteSangat bagus untuk peperiksaan pertengahan tahun saya...thank you
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete