Friday, November 1, 2013

BAB 1 : KEDUDUKAN


KEDUDUKAN

1.       Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.

2.       Kedudukan terdiri daripada  dua jenis iaitu:
        a.       Kedudukan relatif
        b.       Kedudukan mutlak

3.       Kedudukan mutlak ditentukan dengan menggunakan titik kordinat manakala kedudukan relatif dengan menggunakan titik rujukan.

4.       Kedudukan berdasarkan kordinat merujuk kepada lajur dan baris.

Kordinat
1.       Kordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.

2.       Garisan menegak pada peta atau pelan dikenal sebagai lajur manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.

3.       Baris dinomborkan dari hadapan ke belakang manakala lajur dinomborkan dari kiri ke kanan.

No lajur akan disebutkan dahulu kemudian diikuti no baris. Contohnya kedudukan khairul pada lajur 04, baris 02. Maka kedudukan khairul ialah 0402.

Kedudukan relatif
Kedudukan relatif ditentukan berdasarkan titik rujukan.

Ø Titik rujukan ialah tempat yang berada disekeliling kedudukan relatif yang ingin digambarkan. Contohnya kedudukan smk jelai (f) ialah disebelah kanan kelinik kesihatan gigi. Oleh itu klinik kesihatan gigi ialah titik rujukan.






6 comments: