Saturday, November 2, 2013

BAB 2 : ARAH


                               Pengenalan

v Arah ialah hala ke sesuatu tempat dari sesuatu tempat yang lain.

v Arah dapat ditentukan dengan :
·       memerhatikan bintang-bintang pada waktu malam
·       memerhatikan matahari pada waktu siang menggunakan kompas

v Kompas magnetik ialah sejenis alat yang mudah digunakan untuk menentukan arah dengan tepat.

v Kompas adalah sejenis alat yang dibuat daripada logam . Jarumnya dibuat dalam magnet.

v Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara.


v Pada permukaan kompas, lapan arah mata angin utama ditandakan. Rujuk rajah 2.1
 

Rajah 2.1 Lapan arah mata angin utama

v Untuk memperoleh bacaan tepat daripada kompas magnetik, kompas ini perlu dijauhi daripada sebarang besi seperti pagar besi, pencawang elektrik, kereta dan bangunan elektrik.

v Anda dapat menentukan arah dengan   berpandukan matahari pada waktu pagi. Depakan tangan anda dengan menghalakan tangan kanan ke arah matahari, terbit iaitu timur. Dengan berbuat demikian, kiri anda ialah arah barat,hadapan arah utara dan belakang arah selatan.



       Menentukan Arah Dengan Kompas Magnetik

v Kompas magnetik dapat menentukan   arah dengan tepat dan mudah.

v Untuk menentukan arah, anda mesti memastikan petunjuk jarum kompas menghala ke arah utara pada permukaan kompas.





7 comments: