Sunday, November 3, 2013

BAB 7 : POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA


POTENSI KAWASAN TANAH TINGGI


ü Kawasan tanah tinggi mempunyai sungai yang beraliran deras yang berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik seperti:


  • Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, dan Empangan     Temmenggor di Perak
  • Empangan Tenom Pangi di Sabah
  • Empangan Bakun di Sarawak.

ü Kawasan tanah tinggi dengan udara yang segar dan nyaman amat sesuai untuk industri pelancongan seperti di:

  • Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Tinggi di Pahang
  • Bukit Larut di Perak
  • Gunung Kinabalu di Sabah.

ü Gua batu kapur dengan ciri fizikal seperti stalaktit dan stlagmi menjadi tarikan pelancong seperti di:

  •  Gua Sam Poh di Perak
  •  Batu Caves di Selangor
  •  Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak
  •  Gua Gomantong di Sabah
  •  Gua Musang di Kelantan.

ü Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter diliputi hutan hujan tropika yang membekalkan kayu keras bernilai tinggi seperti meranti, cengal, keruing, dan merbau.

ü Gua batu kapur kaya dengan sarang burung layang-layang yang digunakan sebagai ubat tradisional seperti dari Gua Niah dan Gua Gomantong.

ü Kawasan tanah tinggi membekalkan bahan binaan seperti batu granit, batu kapur, dan batu marmar.

                   Potensi Kawasan Tanah Pamah

ü Sebagai pusat perlombongan biji timah seperti Lembah Kinta dan Kuala Langat.

ü Sebagai kawasan tumpuan penduduk serta perkembangan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, dan Kota Bharu.

ü Sebagai tapak perindustrian seperti di Lembah Klang dan Seberang Perai.
ü Sebagai kawasan pertanian seperti:

  •   penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan
  •   penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang beralun dan bersaliran baik

ü penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan penternakan ikan air tawar di kawasan lombong.

ü Kawasan bekas lombong ditebus guna untuk dijadikan kawasan pertanian (sayur-sayuran dan buah-buahan) an penternakan ikan air tawar seperti di sekitar Ipoh, Perak.

ü Memudahkan pembinaan jalan raya, jalan kereta api, dan lapangan terbang.


                    Potensi Kawasan Pinggir Laut

ü Pantai pasir yang indah menjadi tumpuan kegiatan rekreasi dan pelancongan seperti Batu Ferringhi, Pantai DEsaru, Pantai Cahaya Bulan, dan Pantai Cherating.

ü Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, dan Pulau Sipadan terkenal dengan pantai berpasir yang berair jernih, dan kaya dengan terumbu karang.

ü Sebagai tapak pelabuhan perikanan dan petempatan nelayan seperti Kualu Besut, Pulau Pangkor(Perak), dan Pulau Ketam.

ü Sebagai tapak pelabuhan kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan mempunyai air yang dalam seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang.

                                   Potensi Saliran

ü Sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal seperti muara Sungai Melaka dan kuala Sungai Muda.

ü Bahagian hulu sungai menjadi tapak janakuasa hidroelektrik seperti Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, dan Empangan Batang Ai.

ü Sebagai sempadan semula jadi seperti:
  • Sungai Bernam sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Selangor
  • Sungai Kerian sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Kedah
  • Sungai Endau sebagai sempadan negeri antara Pahang dengan Johor.

ü Sebagai pembekal ikan air tawar.

ü Sebagai pembekal air untuk kegunaan harian seperti Empangan Klang Gates di Lembah Klang.

ü Sebagai kaedah pengangkutan untuk menghanyutkan kayu balak seperti Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.

Pulau Redang dan Pulau Perhentian terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang indah.

Banjaran Titiwangsa:

·       kaya dengan batu granit dan batu kapur yang penting untuk sektor pembinaan.

·       mempunyai pusat peranginan - Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.

·       mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.

Tanah Tinggi Cameron:

·       pusat peranginan.
·       kawasan penanaman teh, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan.
·       mempunyai stesen jana kuasa hidroelektrik.

Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan:
·       penting untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan beras.

Gua Niah:
·       petempatan awal, pusat pelancongan, pembekal sarang burung layang-layang dan tahi kelawar untuk dijadikan baja.
 



            Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland

1. Dimajukan sebagai pusat pelancongan.

2. Ciri fizikal bergunung-ganang yang menarik serta kemuncak bersalji menjadi tarikan pelancong.

ü Akitiviti meluncur salji dan bermain ski giat dijalankan pada musin sejuk.
ü Akitiviti mendaik gunung, berkhemah, dan berparahu di tasik dijalankan pada musim panas.

3. Sektor pelancongan banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

4. Kawasan tanah tinggi di Swizerland juga penting sebagai:

ü kawasan tadahan.
ü sumber kayu-kayan.
ü tapak janakuasa hidroelektrik

         Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa, Indonesia

1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit.

2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapi amat subur untuk kegiatan pertanian.

3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi.

4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.

                     Kepentingan Sungai di Thailand

1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand.

2. Pengangkutan darat yang terhad menyebabkan penduduk bertumpu berhampiran dengan sungai.

3. Menam Chao Phraya merupakan jalan air yang utama di Thailand.

4. Sungai ini dapat dimudiki oleh kapal sederhana sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.

5. Sungai ini digunakan untuk:

ü membawa penumpang.
ü mengangkut barangan pukal.
ü menghanyutkan kayu jati ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.

 Pentingnya Tasik untuk Kegiatan Perikanan di Tonle Sap, Kampunchea.

1. Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih daripada 50% jumlah tangkapan ikan di Kampuchea.

2. Isipadu air di tasik ini berubah mengikut musim.

·       Pada musim hujan, air tasik membanjiri kawasan hutan dan ikan akan membiak.

·       Pada musim kering, aktiviti kering menangkap ikan dijalankan. Kawasan tasik yang kering ditanami padi.


/spin-a-win/?invite=g8kxiG2Yh3




18 comments:

  1. IT IS REALLY VERY USEFUL FOR STUDENTS LIKE ME
    CINTAI ALAM SEKITAR!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. very super ....execellent...brilliant...

    ReplyDelete
  3. very super ....execellent...brilliant...

    ReplyDelete
  4. Ringkas,padat,sempurna dan lengkap! Tq...😀

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com
    Phone number :+44-75967-81743 (WhatsApp Only)

    ReplyDelete
  7. sesiapa tahu tak macam mana nak buat nota ringasan sejarah dan geografi

    ReplyDelete